
********************
Pintu bilik Kay sengaja dihempas kuat-kuat.
Bengang. Reaksi muka Fathiah tadi macam semalam tak ada apa-apa aja yang
berlaku. At the end, dia layan jiwa dia sendiri. Dua jam perang mulut dengan
adik sendiri. Daddy dengan mommy dah balik. Dua-dua dekat ruang tamu layan si
Fathiah. Kay malas nak ambil pusing. Rabu ni final exam. Lepas tu, heaven!
Meja belajar Kay bersepah dengan kertas
lakaran projek. Drafthing board dia dah nazak. Mana tidaknya baru lepas kerah
tenaga habiskan dua projek terakhir yang kena submit dekat prof. Minta-minta
final sem ni nama dia tersenarai dalam dean list.
Pintu bilik Kay dikuak dari luar. Derap
langkah kaki mommy menghampirinya.
“Along buat apa?” Anak bujangnya itu
dihampiri.
“Studi.” Sepatah Kay membalas.
Rambut Kay diusap-usap lembut. ”Busy ek?” Mommy
dah melabuhkan punggung di birai katil King Size milik anak lelakinya itu.
Kay melarikan anak jarinya pada rambut yang
dah serabai.
“Nope.” Pensel mekanikal 0.5 tu dikepit
pada telinga.
“Thiya dah cerita semua benda dekat mommy.”
Puan Marisa dah buka story. Dah lama tak borak dari hati ke hati dengan anak
lelakinya ini.
“Thiya cerita apa?” Protector tu dia putar
buat aksi spinning 180 darjah. Matanya lekat pada portfolio Ammar. Mamat tu
suruh dia buat re-check sebelum nak kena hantar dekat prof. Kononnya nak minta
tunjuk ajar ku sifu! Banyaklah dia punya cekadak. >_<
“Pasal girl tu.” Mommy bersuara tenang.
Kay terus kalih pandang muka mommy. Sejak
bila Fathiah tahu? Rasanya tak ketara sangat pun kan?
“Mommy boleh tolong arrange kan.” Tanpa ada
mukadimah ke apa, mommy siap dah tetapkan tarikh. Tinggal nak suggest dekat
pihak yang satu lagi.
Kay terkedu. Dia diam tak terkata.
Fathiah ni!
Rasa nak jerit-laung-teriak nama adiknya
bagi satu taman perumahan ni dengar.
Nombor telefon adiknya terus didail bila
mommy dah angkat kaki keluar dari bilik.
*******************
“Keluarga pihak lelaki cakap dia tak mahu
tunang lama-lama. Satu majlis tapi cukup pakej. Tunang pagi, nikah waktu
malamnya.” Terang Tok Ayah. Wali dia.
Widad cuba mengamati permintaan dari pihak
lelaki. Okey aja rasanya. Save money. Tak payah buat dua tiga majlis. Nikah
dekat masjid. Alang-alang Tok Ayah dah setuju, Widad malas nak buat bantahan. Sebab
Tok Ayah lagi arif. Ummi pun okey aja. Majlisnya lagi dua minggu.
Ok.
Dua minggu ni tak lama ya, Widad!
Dah cukup bersedia ke nak terima orang baru
dalam hidup?
************************
“Along, pergilah panggil isteri kamu turun
makan. Kamu tu dah tak bujang lagi. Baru sehari bernikah dah lupakan isteri
sendiri?” Mommy dah membebel dekat ruang dapur bila tengok Kay masih melekat
depan skrin tv. Match antara Manchester United dan Arsenal. Tak boleh missed
game ni!
“Along..” Mommy dah buat siaran
ulang-tayang-panggil dua kali. Masuk kali ketiga memang bukan setakat senduk
yang melayang, takut-takut kuali-belanga sekali hinggap dekat batang hidung
dia. Mommy ni seram jugak kalau dah masuk angin-yang-tak-dapat-nak-dijangkanya
tu.
“Iya.”
“Iya.”
“Along geraklah ni.” Kay bangun dengan
langkah yang malas. Dikerling seisi rumah. Tak nampak Fathiah dari pagi. Mesti
berdualah tu!
Dengan langkah malas, Kay menapak tangga
rumah menuju ke bilik tempatnya beradu. Malam tadi, Thiya buat permintaan
pelik.
Tapi, Kay malas nak layan. Kalau makin
diturut, makin besar kepala si Thiya tu nanti! Konon nak kata dia yang paling
berjasalah tu. Nak suruh along dia treat sebab dialah insan yang paling banyak
membantu.
Heh.
Tombol pintu dipusing. Dua makhluk tu ada
dekat sofa. Dekat luar beranda rumah.
See!
Betul tak telahan dia tadi?
“Ehem.” Suara garau itu mengejutkan Widad
dan Fathiah yang tengah belek scrapbook dekat tangan.
“Tengah buat apa?” Kay bertanya bila tengok
dua makhluk tu kalut semacam. Matanya singgah pada wajah isterinya dan Fathiah
silih berganti.
Tangan Widad tersorok dekat belakang. Lagaknya
seperti menyembunyikan something.
Kay seperti dapat menghidu sesuatu. “Apa
yang dekat tangan awak tu?”
Fathiah dah buat aksi jeling-jeling manja
dekat Kak Widad. “Sori akak, kali ini Thiya tak dapat nak tolong.” Fathiah
berdecit lari keluar dari bilik pengantin tu.
Zupp. Macam kilat.
Tapi, sempat dia merakam jelingan manja
abangnya sebelum berlalu keluar dari bilik.
“Apa yang awak buat dengan Thiya?” Kay dah
melabuhkan punggungnya di sebelah Widad yang sedang keresahan. Memek mukanya
sengaja diseriuskan.
Widad tunduk menekur lantai. Mengaku salah.
Timing dia dengan lelaki yang sudah
bergelar suaminya ini memang tak pernah nak tepat. Selalu aja dia terkena. Selalu
sangat dah.
Scrapbook itu dikeluarkan dari tempat
persembunyian.
“That book!” Jari telunjuk suaminya sudah
mengarah pada scrapbook yang ada pada tangan Widad.
“Macam mana awak boleh dapat buku tu?” Scrapbook
ni hilang lama dah. Kay pun tak perasan bila.
.Contengan Budak Archi.
“Sejak bila awak pendam perasaan dekat saya
ek?”
“Kenapa awak tak pernah nak terus terang?”
Scrapbook tu sengaja diselak pada page yang
ada wajah dia.
Widad cuba beranikan diri untuk bersuara. Bertubi-tubi
soalan dilontarkan pada Kay. Dia cuba untuk menatap mata bening itu. Walhal
jantung dah berdetap laju tak tahu pakai rentak apa entah.
Kay tak nak kalah. Dia sempat lawan main
mata. Lagipun sekarang ni kalau nak pandang lama-lama pun dah tak dosa dah. Bertambah
pahala lagi adalah.
“Secret.” Sepatah Kay menjawab. Sengaja
bermain tarik tali dengan isterinya. Suka pulak kenakan orang macam ni.
He.He.He.
Widad dah tarik muka. Suka sangat buat
perasaan dia mixed macam ni. Dia melepaskan pandangannya ke hadapan.
Geram.
“Macam mana awak tahu scrapbook ni saya
punya? Setahu saya, tak pernah saya tulis nama saya dekat buku ni.” Scrapbook
tu dicapai. Banyak secreto yang maujud dalam buku tu. Termasuklah kisah cinta
dia yang kononnya bertepuk sebelah tangan tak berbunyi, tapi tanpa sedar tangan
tu keluar bunyi tapi slow aja.
“Awak ingat awak sorang aja yang boleh
stalk orang? Saya pun master lah!” Widad balas dengan nada sarkastik. Dia tak
boleh kalah sebelum keluar berperang.
“Apa bukti?” Kay tak berpuas hati dengan
jawapan yang diberi.
“Meh sini. Datang dekat.” Kay mengarah
Widad supaya menghampirinya. Dia perlukan bukti yang kukuh.
Widad cuba nak ambil scrapbook dekat tangan
suaminya. Tapi buku tu tak nak berganjak.
Haila.
Jantung ni macam dah nak terkeluar dah. Boleh
pulak dia buat scene izinkan-saya-curi-hati-awak-sekarang dekat sofa ni. Tempat
punyalah romantik habis.
Widad angkat punggung. Jarak dia dengan Kay
tak sampai dua meter pun. Dekat sangat dah ni. Dia sampai boleh rasa desah
nafas suaminya. Itupun Kay mengadu jauh lagi!
Haish.
“Nur Widad Ahmad Rodzi.” Kay sebut nama
penuh isterinya.
“Iya.” Muka Widad dah memerah. Macam kena
tepek satu muka dengan blusher sebotol penuh.
“Saya, Mohd Muzakkir Mohd Rafie dengan ini
mengaku yang saya memang dah lama sukakan awak, Nur Widad Ahmad Rodzi. Sejak
scene Fipper hijau pucuk pisang saya kena curi. Sejak itu lagi awak dah mula
curi hati saya. Mulai saat itu, saya baru tersedar. Bahawa saya dah jatuh hati
pada orang yang memiliki tulang rusuk kiri saya. Izinkan saya pimpin tangan
awak ke syurga. Izinkan saya jadi imam awak selagi saya berkesempatan. Dan satu
lagi yang saya pinta, sudikah awak Nur Widad Ahmad Rodzi untuk menjadi makmum
saya?”
Kedu. Air matanya sudah mengairi pipi.
Touching.
Terharu.
Rasa dah nak banjir dah.
“Saya sudi wahai imamku.” Tangan suaminya
diraih lalu dikucup perlahan.
‘Syukur Ya Allah. Semoga kau bimbing
hati-hati yang mencintai-Mu ini ke syurga Firdausi-Mu. Izinkan kami untuk
menghuninya bersama. Izinkan kami untuk mengecapi nikmat syurga-Mu yang tak
terkira. Semoga mahabbah ini kekal sehingga ke pengakhiran hayat kami.
Sesungguhnya daripada Kau kami datang dan kepada Kau kami kembali. Ya Rabb.’
Bisikan doa yang dititipkan oleh Muzakkir
diaminkan oleh Widad. Ubun-ubunnya diramas perlahan.
‘Terima kasih Ya Allah.’ Ucapan kesyukuran
dipanjatkan kepada Ilahi.
Terngiang-ngiang pesanan Tok Ayah ;
“Pilihlah pasanganmu bukan kerana paras rupanya yang indah, tapi pilihlah
pasanganmu berlandaskan kecantikan agamanya. Bila ditatap wajahnya membuatkanmu
teringatkan Rabb-Mu. Nescaya tidak akan wujud kesangsian dalam pilihanmu bila
agamanya yang dipilih.”
~.nano.faham.~

No comments:
Post a Comment