
“Kau ni garanglah.”
“Sokong!”
“First time aku nampak kau, aku takut nak
tegur.”
“Sokong!” Hanis mengiyakan.
“Senyaplah. Dah memang riak muka aku ni hanya
boleh tunjuk side aku yang bersifat bengis. Nak buat macam mana
lagi?”
“Tapi, dulu kau tak macam ni.” Atiqa tetap tak
nak kalah.
“Kau berubah sejak kisah dulu tu kan?” Hanis
menambah.
Kamus Bahasa Melayu-Bahasa Arab edisi kedua
terbitan Oxford Fajar tu dihempas kuat atas meja studi. Ibtisam tension bila
topik pasal dia jadi topik berbangkit. Macam tak ada cerita lain yang nak
digosipkan.
“Tukar story boleh?” Ibtisam bagi
cadangan. Penat nak bertekak.
Atiqa dan Hanis tarik muka. Malas nak cari gaduh. Ibtisam
bila dah masuk passive mode dia tu, memang tak dapat nak tolong.
Sudahnya, masing-masing buat hal sendiri.
**************************
Ibtisam pandang langit yang kelam. Tak ada bintang
malam ni. Bulan pun seperti bersembunyi di balik awan yang kian menebal. Tiba-tiba,
dia berasa serba salah sebab layan Atiqa dan Hanis secara kasar. Walhal, tak
ada niat pun nak buat macam tu. Cuma, timing diorang tak tepat. Dan
memang Ibtisam akan jadi sensitif bila topik tu dibahas balik.
Sebab, dia dah penat nak jawab soalan orang yang
bertanya. At the end, dia memang tak ada jawapan yang khusus bagi setiap
persoalan yang diajukan.
Bila fikir-fikir balik, Ibtisam tak sedar bila kali
terakhir dia tersenyum. 5 tahun yang lalu mungkin. Sejak kejadian yang pahit tu berlaku.
************************
You got message from Atiqa.
A little girl
once taught me the meaning of appreciating things in life – I saw her
smiling to nothing in particular, and I asked her; what was the smile for. She
grinned and replied; “I am smiling because I am grateful to God that
I can still smile.”
Kadang-kadang
kita tak perlu sebab yang khusus untuk tersenyum. Walaupun kisah pemergian
arwah ayah kau telah membawa bersama senyuman manis itu, tapi aku yakin bahawa
ayah kau pasti ingin melihat kau tersenyum kembali. Jangan pernah hampakan
impian ayah kau. Pemergian arwah pada Ilahi sudah tertulis di luh mahfuz. Redhakan
pemergiannya. Jangan jadikan pemergian arwah penyebab utama hidup kau jadi
suram.
Starts your day
today with capital “S”.
Smile = Senyum
= Ibtisam :)
Air mata sudah mengairi pipi. Tanpa sedar, Ibtisam
menarik senyum segaris.
“Actually, tak susah pun nak senyum kan?” Satu
suara menyapa dari arah belakang.
“Kureng! Korang intip aku ya?” Ibtisam
berpaling. Atiqa dan Hanis mula tayang gigi sumbing. Dah macam buat iklan ubat
gigi Colgate pulak.
“Nak aku ajar kau cara senyuman yang paling mudah?”
“1..2..”
“Kau nak ajar aku mengira ke?”
“Shuuu. Just follow me.”
“1..2..3. Eeeeeee.”
“Cuba. Try. Test.”
“Cara kau ni macam budak-budaklah.” Ibtisam
menggaru kepalanya yang tidak gatal.
“Buat ajalah. Jangan banyak songeh.”
“Aku pandailah. Tak payah nak buat sesi latihan
boleh tak?”
“Alalala. No excuses.” Atiqa malas nak ambil
pusing.
“Lagipun, aku ni Ibtisam!”
“Memanglah kau tu Ibtisam. Cuma aku nak
bagi semangat sikit dekat makhluk Allah yang bernama Ibtisam ni supaya
kerap senyum.”
“Lagipun, bukan ke senyum tu sedekah?”
Ibtisam mengangguk laju.
Senyum itu sedekah. :)
Sebenarnya tak susahpun nak buat baik. Sebarkan
senyuman adalah cara paling mudah nak bersedekah. Tak payah keluar duit. Tak
payah buang tenaga. Cuma, gerakkan otot-otot muka kita yang menegang akibat
terlalu lama bermasam muka. Allah dah bagi kita cara yang paling mudah nak buat
kebaikan. Dengan :) kita dapat sebarkan Islam kepada yang bukan Islam.
Dengan :) juga,
kita dapat mempamerkan imej Islam yang baik. Menangkal segala tanggapan orang
bukan Islam yang menganggap orang islam itu bersifat ganas.
Pesanan buat yang membaca dan khususnya buat diri
sendiri : Berlatihlah untuk senyum walau dalam mana jua keadaan. Orang yang
bermanis muka itu disukai Allah. Dengan sebarkan senyuman, secara tak langsung
kita dah tolong Islam. Sebarkan dakwah melalui fi’il. Insya-Allah, kalau kita
bantu agama Allah, urusan kita akan dipermudahkan.
Firman Allah dalam surah Muhammad, ayat 7 mafhumnya
:
“Wahai orang yang beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.”
Mulakan harimu dengan :) Insya-Allah, ceria
mengiringi.
~.nano.faham.~

No comments:
Post a Comment