Saturday, 14 February 2015

0303

"Kau tahu bagaimana rasanya menyimpan harap?
Seperti gelisah menanti pagi di malam petaka.
Seperti menadah air dengan kedua telapak tangan
dan menahannya agar tidak tumpah."

Sebegitu sekalinya dia memegang harap.
Dia mungkin tak boleh jadi seperti hujan.
Derasnya turun tak pernah tahu arah mana bumi girang menyambut.
Terkadang dia ternanti-nanti kelibat hujan turun.
Mungkin bersembunyi di sebalik timbunan awan.
Kadang munculnya sekejap atau kadang tak turun langsung.
Sesekali dia mendongak pandang langit,
Bersungguh sungguh dia tebar senyum.
Dia teruja melihat sekumpulan burung yang gah melibas kepak
di langit biru.
Yang bebas pilih arah mana mahu kepakkan sayap agar tinggi terbang
menggapai awan.
Terkadang dia cemburu sama bulan bintang.
Sebab mampu bersinar terang menghidupkan bumbung langit
tatkala malam menyelubung.
Dan mungkin dia tak mampu jadi seperti hujan, burung atau bulan.
Kerana itu hakikatnya bukan dia.
Untuk menjadi seperti yang suara-suara itu mahu,
Dia sendiri tidak akan sesekali ikhlas untuk itu,
Sebab dia hanya seorang insan yang jujur tak punya apa untuk
tawar -- beri.
Yang dia mampu hanya pinjamkan bahu untuk kau sandar tatkala
kau perlu -- butuhkan.
Supaya kau tahu,
Dia akan terus berada di situ.
Menyambut mesra senyum yang kau zahirkan.
Pada harap dia teguh percaya.


0303 
 (Atas sutuh bawah langit)

1 comment:

  1. Выбирай- проститутки Киева дешево

    Симпатичная, чувственная, миниатюрная, ухоженная, интересная девушка. Самые откровенные фантазии, чувственные ласки окунут в мир наслаждения, страсти и нежности! Приезжай - окунись в мир эротики и релакса!!)) Мораль - это важничанье человека перед природой.

    ReplyDelete