
“Teh
tarik dua.” Athif melaung pada mamak yang jaga kaunter. Memang mamak tu dah
cam muka diorang berdua. Budak Melayu yang selalu lepak pukul 2-3 pagi
dekat warung mamak tu. Pelanggan tetap, tiap malam Rabu.
“Amacam
tadi? Ok?” Athif buka topik baru. Bahas pasal ceramah Hilal Asyraf tadi.
“Apa
yang okey? Apa yang tak okeynya?”Ashraff buat-buat tak faham.
“Aku
bagi sebijik karang. Lebam mata hang yang sebelah tu.” Athif
mengugut. Walhal, dia tahu Ashraff takkan rasa tergugat. Pemegang tali pinggang
hitam kot. Setakat Athif yang kurus cekeding ni, dia jentik
sekali terus jatuh. Even Athif ada kelebihan dengan memiliki ketinggian
2 inci setengah, tetap tak dapat nak menganggu-gugat reputasinya setakat ni.
Ashraff
hanya buat isyarat tangan. Ibu jari dengan jari telunjuk membentuk huruf ‘o’
manakala jari hantu, jari manis dan jari kelingking dinaikkan.
“Tu
aja?”Athif bersuara dengan nada tak puas hati. Punyalah dia bersusah payah
turun naik tangga ofis Palam jumpa pihak penaja offer diri nak
jadi ‘volunteer’ untuk event istimewa bersama Hilal Asyraf tu.
Ashraff hanya bagi respons dengan sign ‘OK’ dia tu. Bajet ‘cool’
aja mamat tu.
Nasib
baik Athif pandai kelentong. Memang budak Palam yang turun padang sibuk jadi
AJK tu, diorang berdua aja. Malas nak ‘ghoyak’
panjang-panjang dekat anak mummy tu. Ashaff tu kan anak bongsu. Normal
lah kalau manja. Dalam seminggu tu, tiga kali kot mak dia call.
Memang kalau dia tak plan awal-awal, mesti minggu ni dia kena
tinggal sorang-sorang lagi.
“Kau
tak rasa ke dah sampai masanya untuk kau tampil ke hadapan?” Athif dah keluar mode
serius dia. Mukanya dah tak tayang iklan gigi Colgate dah.
“Hurm..”
Ashraff terdiam.
“Aku
nak kau bagi pendapat kau. Takkanlah selama-lamanya kau nak jadi orang belakang
tabir kot?”
Zupp.
Panahan
mengena.
Athif
ni kalau bagi dia bahas bab yang satu ni, tak payah tunggu
disuruh. Dia sendiri sudi jadi volunteer.
Jeda.
Diam lagi.
“Aku
perlukan masa.” Lambat Ashraff menuturkannya.
“Jadikanlah blog sebagai
‘satu medan memperbaiki diri, dan mengajak orang lain ke arah yang sama’ dan
bukannya sekadar ‘satu tempat untuk mengajar orang lain’. Jadilah da’ie yang
berblog. Dan bukannya sekadar blogger yang berdakwah.”
Kata-kata
Hilal Asyraf itu terngiang lagi.
“Kau
patut bagi diri kau peluang. Sebab aku tahu kau boleh buatlah, aku sokong semua
gerak kerja kau selama ni. Kau kena beri sedikit keyakinan pada diri kau
untuk kembangkan bakat yang kau ada. Sayang kalau kau sia-siakan. Islam
perlukan dai’e seperti kau. Kau kena manfaatkan betul-betul kurniaan yang Allah
bagi kau pinjam. Rugi kalau kau tak manfaatkan.” Athif tak putus-putus
meyakinkan.
“Hurm..”
Ashraff
menarik nafas panjang.
“Aku
cuba!”
******************************************
“Dup.”
“Dap.”
“Dup.”
“Dap.”
Jantung
dah berdetak tak tahu pakai rentak apa. Banyak mata-mata yang menala pandang ke
arahnya saat ini.
-Okey
Ashraff relax. Chill! Macam tak biasa aja jadi retis lima minit.
-Sebab
tak biasalah jantung ni rasa macam nak terkeluar.
-Bukan
ke dah praktis malam semalam?
-Itu
praktis depan Athif. Berbeza sangat. Sekarang depan mata ni, orangnya
bukan sorang dua. Puluh-puluh ribu orang.
“Oit..
dah ready?” Sergah Athif dari arah belakang. Terus hilang
angan-angannya. Ashraff pandang Athif dari atas sampai bawah. Dengan headphone
yang tergantung dekat leher, konon nak pamer imej ‘cool’ depan dia. Kembanglah
tu bila kena puji dengan Miss Amani, prof archi untuk sem ketiga ni.
Miss Amani siap keluarkan statement yang buat Ashraff rasa nak muntah.
Athif bila dengar terus berbunga-bunga. Memang Ashraff jadi mangsa kena tadah
telinga dengar Athif komen pasal statement Miss Amani. Ashraff tetap tak
dapat nak sokong fakta Miss Amani. Kali pertama dia dengar kot.
“Aku
ready ke aku tak ready ke macam tak bagi apa-apa effect
pun dekat kau. Lagipun cuma jadi panel bidan terjun untuk forum kali ni.
Nak tak nak, aku dah ada dekat sini. Nak lari jauh-jauh pun tak sempat.”
Kertas
A4 yang Ashraff kelek dari tadi dihulurkan dekat Athif. Malas nak bawa naik
pentas forum. Segan bila tengok panel lain dok kelek iPad ke hulur ke
hilir. Tapi, dia cuma bawa kertas A4.
“Lagi
dua minit nak start.”
“Jangan
lupa doa gemuruh yang aku ajar semalam.”
“Awal-awal
tu, kau bagilah kata-kata aluan. Buat macam yang kita praktis semalam.”
“Sebelum
nak bagi pendapat tu, kau bacalah basmalah.”
Athif
bagi nasihat tak putus-putus.
“Gaya
kau macam nak hantar aku pergi jumpa tok kadi aja.” Seloroh Ashraff.
“Aku
bagi nasihat kau gelakkan aku pulak.” Athif bergerak dua langkah ke belakang. Tanda
protes. Merajuklah konon.
“Alalala..
macam budak kecik. Perangai tak padan dengan umur.” Ashraff makin kuat menyakat.
“Majlis
menjemput panel ketiga yang didatangkan khas dari compartment architecture,
bro Ashraff Haidhar untuk naik ke pentas forum.” Suara MC majlis mempersilakan
panel-panel yang dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan forum malam ni
yang bertajuk ; “Menulis dan meng’update’ status di laman facebook
mahupun twitter. Lebih banyak kebaikan ataupun keburukan?”
**********************************
“Saya ada satu soalan. Apa hukum kalau kita ‘update’
status terkini kita untuk tatapan orang ramai?”
Salah
seorang dari pendengar forum malam tu ajukan satu soalan yang buat
Ashraff terkedu. Tak tahu nak jawab apa. Tak sempat nak search dekat
internet. Itulah, buat lagi kerja last minute.
MC
majlis tu tanpa segan silu passing microphone dekat Ashraff. Rezeki
dia ke nak jawab soalan mencabar tu?
“Bismillah.”
Tarik nafas sesaat.
“Secara
jujurnya, saya tak pandai nak fatwakan hukum. Cuma, saya boleh lontarkan apa
pendapat saya pada soalan yang diajukan oleh saudari sebentar tadi.” Ashraff
pakai ayat skema. Formal sekejap.
Exhale. Inhale. Exhale.
Senyap
sekejap tiga saat.
“Sebelum
saya mulakan hujah dan pendapat saya, jujur saya cakap. Dulu saya suka juga ‘update’
status dekat laman sosial. Saya gembira, saya berduka, saya diserang gastrik, kalau
boleh apa yang saya rasa semua saya ‘share’. Bagi saya, kalau ada yang
balas status yang saya ‘publish’ rasa macam dihargai. Rasa macam ada
orang ambil berat pada saya. Rasa macam disayangi.”
Jeda.
Kumpul idea nak jawab apa.
“Tapi,
statement sahabat saya pada suatu hari membuatkan saya berfikir sejenak.
Ada benarnya apa yang dia katakan. Dalam butir bicaranya dia menyebut ;
“Bro, aku tengok kau
selalu leka dengan laman sosial facebook tu. Aku selalu juga terbaca kau punya
status. Sampaikan satu ketika, semua status kau buatkan aku terfikir. Sebelum
kau update status kau yang terkini, kau lupa nak ‘update’ status kau pada
Pencipta kau, Allah. Walhal, kau tahu bahawa Allah itu Maha Mengetahui. Hakikatnya
bro, pernah tak kau terfikir kenapa Allah ciptakan hidung kita ada satu, telinga
dan mata kita sepasang? Sebabnya, Allah nak kita lebih banyak mendengar dan
memerhati. Dan lebih baik diam daripada berkata-kata benda yang sia-sia. Cuba
kau bayangkan, kenapa Allah menggalakkan kita berdoa dengan lebih kerap
kepada-Nya walhal Dia Maha Mengetahui? Jawapannya senang aja. Sebab Allah nak
tengok sebanyak mana kebergantungan kita pada-Nya. Sebanyak mana kita buktikan
apa yang kita selalu cakapkan melalui fi’il kita. Sebanyak mana kita dahulukan
Allah dalam segala perkara yang kita buat. Kita keluarkan hujah, cakap itu, bidas
ini. Tapi, hakikatnya satu apa pun kita tak buat. Tak guna kalau cakap
berhabuk, tapi hasilnya tak ada. Niil. Kosong. Sudahnya kita yang rugi.”
Dalam surah as-Saff ayat ke 2, mafhumnya ada menyebut ; “ Wahai
orang-orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu
kerjakan?”
Seisi
dewan jadi sunyi. Macam tak berpenghuni. Berfikir barangkali.
“Bermula
dari saat itu, sebelum saya nak buat apa-apa saya akan pastikan Allah yang saya
dahulukan. Dalam segala aspek baik ibadah mahupun aktiviti seharian, saya akan
letakkan prioriti utama saya pada-Nya. Bila mana kita serahkan segala urusan
yang kita usahakan pada Ilahi, insya-Allah pulangannya adalah yang terbaik
untuk diri kita. Sebab, Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya. Bersangka
baiklah dengan Allah.I nsya-Allah.”
Ashraff
tarik senyum tiga saat sebelum mengakhiri kata-katanya.
Nafas
dihela perlahan. Lega.
**************************************

Athif ? Watak atau realiti... Hehe XD
ReplyDeletenama wataklah :) tak payahlah fikir lain :P
Delete