Wednesday, 21 November 2012

Aku Menulis Bila Perlu Aja (Part 2)




Teringat hasil penulisan Hilal Asyraf dalam buku Batu-Bata Kehidupan,

”Kalau saya ingin masuk syurga, saya perlu memberikan sumbangan kepada Islam. Saya minat menjadi penulis, maka hasil penulisan saya mestilah menyumbang kepada Islam.”

Ashraff refleks balik kata-kata tu pada dirinya. Hati kecilnya tersentap. Dia seperti dapat jawapan pada persoalan yang menghantuinya malam tadi.

Mug yang berisi air Nescafe Latte ditenung tanpa makna. Bercelaru fikirannya sekarang.


*budakmasihbelajar*

‘Saya nampak bakat abang dalam menulis. Kenapa abang tak cuba nak ‘buat’ buku?’


Skrin laptopnya kembali ditatap buat kesekalian kalinya. Intipati blognya itu seakan-akan berbicara.

Ashraff termenung, lama.

Dah lama dia tak rasa macam ni. Satu perasaan yang Ashraff tak boleh nak gambarkan. Speechless.
Ashraff rasa macam dah kembali pada dirinya yang kosong.

Return to the turning point. It’s hard to say.

Matanya kembali tertancap pada stick-note yang tertampal pada wall meja studinya.

‘Being ordinary is the best.’

‘Jawapan selamat’ yang sering digunakan bila Athiff tanya Ashraff apa pasal dia tak cuba nak kembangkan bakat yang sedia ada.

Dan akhirnya jawapan selamat ‘makan’ tuan empunya badan. Kepala Ashraff rasa berat. Macam kena hempap dengan dua biji batu besar.

Truthfully.

Ashraff jadi speechless.

*******************************************

“Kringg..” Alarm telefon Ashraff berbunyi.

‘4.30 a.m’

Ashraff terus terjaga. Dicapai spectacles lalu disarung pada dua-dua belah mata yang rabun. Dah nampak lubang hidung Athif dah. Mamat tu masih berdengkur lagi, kuat.

‘Alhamdulillah. I’m still alive. Lupakan pasal semalam, hari baru, azam baru. Mulakan hari ini dengan J. Jihad!’ Ashraff seperti berikrar. Rutin seharian. Pagi-pagi dah kena tajdid niat. Islah niat agar hadaf hidup tidak tersasar. Insya-Allah. May Allah ease.

Jom tahajjud!

******************************************

“Sarapan siap.” Athif melaung kuat di meja makan. Pagi-pagi lagi dia dah masuk dapur. Turn dia hari ni buat breakfast.

Ashraff berjalan menuju ke ruang dapur dengan beg sandang Adidas yang tersandang pada bahu. Steady aja gayanya.

“Sarapan apa pagi ni bik?” Beg sandang Adidas diletak pada bangku yang berhampiran.

“Banyaklah kau punya bibik. Beg aku mana?” tanya Athif bila tengok Ashraff lenggang dengan beg kesayangan dia .

“Bukan tadi aku suruh kau bawakkan sekali ke?” Athif dah keluar muncung itik. Merajuklah kononnya.

“Sejak bila pulak aku jadi maid tak berdaftar ni?” Monotoni Ashraff menjawab. Dia terus duduk tanpa mempedulikan Athif yang tengah ‘hot’. Laju aja tangannya menyenduk kuey teow basah dalam piring. Garfu dicapai, terus disudu masuk ke mulut selepas basmallah dibaca.

“Kureng punya kawan. Ini ke yang kau panggil sahabat dunia akhirat?” Tangan kiri Athif laju aja menyiku leher Ashraff. Tersedak terus makanan yang baru nak lalu dekat lorong aesophagus. Tak sempat kuey teow tu nak transform jadi ‘bolus’. Proses perkumuhan tesekat setengah jalan. Mug di sebelahnya terus diteguk dengan rakus.

“Kureng..” Ashraff terbatuk-batuk. Air panas rupanya.

Athif terkekek-kekek ketawa. Padan muka. Kenakan orang lagi!

*******************************************

“Kelas kau habis pukul berapa hari ni?” Penutup botol Sprite itu dibuka. Haus sangat tekak ni. Turun naik tangga UITM Puncak Alam ni betul-betul menguji mental dan fizikal.

“Aku?” Ashraff mengunjuk pada dirinya.

“Around 3. Awatnya? Tak pernah-pernah kau concern dengan jadual kuliah aku.” Kerek aja Ashraff membalas.

“Aku nak ajak kau jadi AJK untuk ceramah Hilal Asyraf hujung minggu ni. Pihak penaja tak cukup tenaga. So ,diorang ajak budak uni turun padang. Lagipun event tu kan buat dekat sini.” Athif terang pakai bahasa simple. Malas nak putar belit masuk roundabout patah balik. Better straight to the point. Lagipun dia faham. Ashraff tak suka orang cakap berbasa-basi segala bagai. Buang tenaga dan masanya aja.

“Hurm..”

“Actually, hujung minggu ni mak aku suruh balik rumah. Nampaknya minggu ni terpaksa cancel lagilah.” 

Ashraff menarik nafas dalam-dalam. Benda baik kalau ditolak ibaratnya macam kita tolak rezeki yang datang bergolek-golek. Bukan senang nak dapat peluang jadi tetamu majlis ilmu ni, majlis yang dipayungi para malaikat. Lembayung rahmat dan barakah Ilahi melata. Sayang kalau tak ikut.

“On.”

“Call.”
*******************************************

Tajuk forum : Blogger = Dai’e

Papan banner yang terpampang betul-betul depan pintu masjid tu ditatap dua tiga kali. Rasanya power spec aku ni tak naik lagi. Athif yang tengah membetulkan letak songkok di sebelah disiku perlahan.

“Kau tahu tak tajuk forum malam ni apa?”

“Tahu.” Athif tayang muka toya. Dia tahu topik ni mesti jadi ‘bahan’.

“Kau sengaja ke apa?”

“Mana ada. Aku pun baru tahu dua minit lepas.” Athif sengaja menjarakkan diri dari Ashraff. Sekurang-kurangnya dua depa. Kalau tak, bertambah-tambahlah benjolan pada badannya penangan black belt anak murid tok guru Silat Cekak Ustaz Hanafi ni.

“Kau dah kenapa?” Ashraff angkat kening tinggi-tinggi bila menyedari Athif seakan-akan menjauhinya.

“Tarapapa.” Laju saja Athif melangkah. ‘Lebih baik ambil langkah berjaga-jaga sebelum kena sebijik!’

*************************************

“Blog adalah antara satu medan nasyru fikr atau bahasa melayunya, penyebaran fikrah yang baik. Peperangan yang dihadapi oleh umat Islam hari ini bukanlah semata-mata peperangan senjata, tetapi juga peperangan ideologi atau dalam bahasa Arabnya, ghazwah al-fikr. Kita kena sedar kewujudan blog bukanlah hanya sekadar trend, tetapi merupakan satu alat dakwah yang mempunyai gapaian nasyru fikr yang luas di mana kita boleh menjadi antara salah satu sumbangan terbesar kepada Islam. Kalau benar nawaitu kita untuk menggunakan blog sebagai medium untuk menyebarkan Islam, dua perkara yang perlu kita cantas dari diri kita adalah ‘malu untuk sebar benda baik’ dan ‘takut akan apa yang bakal dikatakan orang’. Malu biarlah bertempat. Yang patut malu adalah golongan yang hanya untuk mengaut kepopularitan sahaja. Kenapa perlu takut untuk berbuat baik?”

Suara Hilal Asyraf seakan terngiang-ngiang di cuping telinga Ashraff.

“Kenapa perlu takut untuk berbuat baik?”

Ashraff ajukan persoalan itu kepada dirinya balik. Dia masih tak ada jawapan untuk itu.

*****************************************

Akan Bersambung.....

*nano.faham*


No comments:

Post a Comment