“Dah sampai.” Bergema suara Arfah memenuhi Mahallah Sumayyah.
“Huh..” Keluhan
berat dilepaskan.
Beg Nike
putih diletak atas meja studi. Buku Philosophy yang
tebalnya dua kali kamus Oxford tu disusun di rak buku.
Take as
a note.
Fathiah
penat hari ni.
Rasa macam
nak tampal dekat dahi Arfah.
Dari tadi dok
pot pet pot pet tak henti-henti. Ingat dia ni ada
pasang machine talk 24 hours ke?
“Kau
kenapa? Chill lah sikit.Exam tadi baru habis kot. Tak
payah nak dok fikir-fikir lagi. Let bygone be bygone.”Arfah
berfalsafah bila tengok muka Fathiah dah macam kera kena cucuk jarum.
“Seriously. Aku
tak ada mood nak cakap apa-apa sekarang.” Fathiah dah duduk
atas katil. Mukanya terus disembam dekat bantal. Teddy di sebelah
terus dipeluk.
Okey.
Fathiah
tengah tak ada mood.
Arfah, please
take note!
Macam
terngiang-ngiang suara Fathiah dekat corong telinga Arfah. Selalunya words
tu yang akan keluar dari mulut Fathiah bila dia tengah moody.
‘Nak masuk
fasa peralihan hormon kot.’
Arfah cuba
bersangka baik.
***************************************************************************
“Selamat
pagi!”
Arfah
teriak kuat-kuat dekat telinga Fathiah.
“Aaahh..” Fathiah
menggeliat.
“Kau dah
kenapa? Kena sampuk?” Fathiah dah terduduk.Serabut. ‘Pagi-pagi’ dah dengar machine
talk bersuara. Macam burung kakak tua.
“Aku pulak
yang kena. Kau ingat elok anak dara tidur petang-petang? Karang nyanyuk. Tak
pasal-pasal aku dapat kawan dengan nenek..”
“Pap.”
Belum
sempat Arfah menghabiskan kata-katanya, bantal peluk Fathiah dah mengenai
kepalanya.
“Sakit tau
tak?”Arfah mengurut-urut bahagian kepala yang jadi ‘mangsa’.
“Tak
tahu.” Monotoni aja Fathiah membalas.
Selepas
tiga minit, masing-masing terdiam. Jeda.
Fathiah dok pintal-pintal
selimutnya dengan tangan.
Arfah jadi
hilang modal. Blurr sekejap otaknya. Nak tanya ke tak nak. Tak tanya
ke tanya.
“Huh..” Terdengar
keluhan berat dilepaskan. Arfah kalih pandang mengadap Fathiah. Dia yang ‘pusing’
fikir masalah orang, si tuan empunya badan pulak yang mengeluh dulu.
“Kau dah
kenapa?” Arfah cuba ‘korek’ cerita.
“Nope. Tarapapa.” Fathiah
geleng kepala. Telinga teddy pulak yang jadi mangsa bulian
Fathiah.
“Tipu. Kalau tarapapa kau
takkan jadi macam ni.” Sikit-sikit Arfah pasang ‘umpan’. Kalau
nak tangkap ikan yang ‘mantop’ kena ada umpan yang ‘ngetop’, barulah
hasilnya ‘superb!’
“Stress.” Terpacul
satu perkataan dari mulut Fathiah.
Arfah
menggaru kepalanya yang tidak gatal.
“Pasal
kejadian dekat dewan tadi tu ke?”
Lama
Fathiah terdiam. Dibiarkan persoalan Arfah berlalu tanpa jawapan.
“Biarkanlah.Benda tu dah
berlalu pun kan?” Arfah cuba memujuk.
“Tak.T ak
boleh. Aku careless. Prof dah siap bagi sign. Jelas depan
mata aku. Itu pun aku tak perasan. Haish, lurus bendul betul!” Fathiah
membentak. Tak puas hati dengan diri sendiri. Benda simple macam tu pun
dia boleh silap. Hidung Teddy ditarik kuat.
Tak
pasal-pasal patung tak bernyawa tu yang jadi mangsa. Jangan
sampai Fathiah baling teddy dekat dinding sudah.
Arfah tarik teddy dari
pegangan Fathiah. Dia capai bahu Fathiah supaya duduk menghadapnya. Mata
bertentang mata.
“Kau dengar
apa yang aku nak cakap ni. Semua orang pernah buat silap. Aku
pun pernah buat salah. Semua orang takkan lari dari kesilapan. Termasuk kau. Benda tu normal.! Faham
tak Fathiah? Itu semua normal!” Arfah tekankan nada suaranya pada perkataan
‘normal’ tu. Supaya Fathiah lebih clear.
“Kalau aku
gagal dan terpaksa repeat paper tu macam
mana?” Dahi Fathiah dah berkerut-kerut macam kek lapis.
“Tawakal.” Satu
perkataan tersembul keluar dari mulut Arfah.
“Kau faham
tak maksud ‘tawakal’ tu apa?”
Fathiah
terdiam. “Tawakal tu t.a.w.a.k.a.l. Ada 7 huruf dalamnya. Huruf
vokal ‘a’ diulang sebanyak 3 kali.” Selamba aja Fathiah bagi jawapan.
Arfah
menjengilkan matanya bulat-bulat. Orang serius dia main-main pulak.
“Tak
tahu.” Tanpa nada Fathiah menjawab. Dia perasan Arfah dah nak keluar ‘taring
harimau’.
Arfah tarik
nafas sambil beristighfar panjang. Biar ‘nenek syaitan’ lari jauh-jauh.
“Kalau kau
faham maksud ‘tawakal’ secara keseluruhannya aku rasa kau takkan buat fi’il
macam ni.”
“Kenapa kau
cakap macam tu?” Fathiah masih tak dapat nak tangkap apa yang Arfah
cuba nak sampaikan.
“If
Allah is all you have,you have all you need.”
“Kau faham
maksud aku.”
Arfah
berlalu tinggalkan Fathiah keseorangan. Dia rasa Fathiah perlukan masa.
***************************************************************************
Fathiah
sujud lama di hamparan sejadah. Usai solat Isyak tadi, dia menunaikan solat
taubat. Note paper yang diselit oleh Arfah dalam Al-Qur’an
mininya mendorong Fathiah untuk membuat solat sunat taubat. Kembali terlayar di
tubir mata setiap bait kata yang ditulis.Walaupun simple, namun
halus menembusi hatinya.
Sudah lama
Fathiah tidak merasai perasaan sebegini. Sampaikan dia tak boleh nak describe apa
yang dia rasa. Tak terungkap melalui kata-kata. Speechless.
Betullah!
“If
Allah is all you have,you have all you need.”
‘Terima
kasih Arfah.’
***************************************************************************
Buat
Fathiah,
Sahabat
yang Arfah cinta dan sayang kerana Allah,
Sungguh
kesatuan hati kita hanyalah kerana Allah,
Ukhuwah ini
adalah semata-mata untuk menikmati mahabbatullah,
Catatan ini
sekadar reminder dari seorang sahabat kepada sahabat yang
sentiasa berada dalam ingatan. Fathiah kena ingat yang Fathiah tak
berseorangan. Kita ada Allah. Umat Islam itu kuat kerana kita ada Allah. Kekuatan
yang bukan calang-calang orang boleh dapat. Kita bertuah kerana kita ada
Allah. Fathiah kena tahu itu. Dan bukan calang-calang orang boleh dapat ujian
sepertimana yang Fathiah hadapi sekarang ni. Allah bagi ujian tu dekat
Fathiah sebab Allah tahu Fathiah boleh hadapinya. Arfah yakin Fathiah boleh. Sebab
Arfah tahu Fathiah dah berusaha sehabis baik untuk lulus dalam exam tu. Sekarang ni, Fathiah
kena serah semuanya pada Allah. Dia tahu apa yang terbaik untuk
hamba-hamba-Nya. Semoga natijah imtihan tu adalah sebaik-baik
natijah.
Itu bukti
kita bertawakal pada-Nya, dan jangan lupa berdoa. Sebab, dengan doa kita dapat
berbicara secara langsung dengan-Nya. Itulah keistimewaan yang orang Muslim ada
dan orang kafir tak dapat. Bila Arfah diuji, Arfah selalu berdoa.
‘Ya Allah, aku layak untuk diuji. Aku hanyalah
hamba-Mu yang lemah. Yang tak punya apa-apa. Yang aku harapkan adalah engkau, Ya
Allah. Di sebalik ujian ini, aku yakin ada kebaikannya. Cuma kerana kelemahan dan
kejahilanku, aku belum nampak wahai Tuhanku. Namun, aku tetap yakin di sebalik setiap
ujian yang Kau beri kepadaku tetap ada kasih sayangmu. Mohon kaulemparkan dalam
hatiku kekuatan dan ketabahan untuk menempuh segala mehnah yang Kau beri, Ya
Allah!’
“If
Allah is all you have,you have all you need.”

*nano.faham*

No comments:
Post a Comment