Wednesday, 21 November 2012

Aku Menulis Bila Perlu Aja (Part 1)






“Kau tak rasa nak publish cerita kau ni untuk tatapan orang ramai?” Tangan kanan sedang menggoncang botol jus manakala tangan kiri menyeka peluh yang mula mengalir pada dahi. Terasa bahang mentari mula membakar kulit yang kian memerah.

“Erm, tak. Tak pernah terfikir.” Monotoni Ashraff menjawab. Dah lama tak keluar jogging hujung minggu macam ni. Selalu terperap aja dalam bilik buat assignment yang tak pernah sudah. Setiap minggu ada aja yang baru. Sekali-sekala dapat peluang nak keluarkan peluh, memang Ashraff tak nak missed. Kalau boleh nak keluar muntah hijau mengadap projek archi yang prof suruh buat. Dan selalunya memang Ashraff akan hantar projek sebelum dateline tamat. Almaklumlah, budak dekan untuk 2 sem yang lepas. Nak tak nak, memang kena kekalkan pointer untuk sem kali ni.

“Habis tu sampai bila kau nak jadi blogger tak bertauliah?” Athif tanya soalan yang buat Ashraff terdiam. Cap di atas kepala ditarik makin ke bawah bagi menahan silau matahari.


“Sampai yang aku termampu. Selagi diberi kudrat, aku akan menulis.” Sekali nafas Ashraff menuturkan.

Athif sekadar mengiyakan. Kalau dah itu keputusan Ashraff, dia tak boleh nak buat apa. Jadi ‘supporter’ yang menyokong segala aktiviti underground yang dilakukan Ashraff. Selagi tak langgar hukum syarak, takkannya dia nak halang.


***********************************


‘Aku tak nak jadi sepopular Hilal Ashraf, dan juga seperti ustazah Fatimah Syarha. Aku adalah aku. Apa yang aku fikir, apa yang aku buat, dan apa yang aku cakap, semuanya akan bagi kesan pada diri aku. Tak ada seorang pun yang dapat menghakimi diriku melainkan ALLAH AZZA WAJALLA. Hadaf utama aku hidup menghirup oksigen di muka bumi Allah ini tak lain tak bukan adalah untuk menjadi ‘abid dan khalifah yang memakmurkan serta mengimarahkan awamirullah. Aku akan berusaha sedaya upaya selagi kudratku masih terdaya. Walaupun mehnah menerpa, adapun syaukah menghalang jalanku untuk menghampirinya, takkanku sekali-kali berpaling dari jalan-Nya. Kernaku yakin, Allah sentiasa bersama hamba-hamban-Nya yang sabar dan yang tidak pernah kenal erti putus asa.’

By : -AshraffThe’Abid&Khalifah to-be-


Laptop Acer ditutup. Jam di tangan sudah menginjak pada angka 12 tengah malam. Alhamdulillah. Blog dah sempat di’update’ walaupun hampir seminggu masanya dipenuhi dengan projek dan assignment yang bertimbun-timbun minta disudahkan.

Sempat Ashraff ber’tweet’ dengan temannya mengenai masa.


‘Kini daku bertunang dengan masa’


Sedar tak sedar, masanya kian mencemburui. Tup tup, final exam kian hampir. Lagi 2 minggu. Study week minggu depan. Prof pun banyak bagi latihan walaupun assignment menggunung. Itulah jihad seorang mujahid yang mendahagakan ilmu. Walaupun mempelajari ilmu kifayah, ilmu faraid tak pernah tinggal, al-Qur’an tak pernah skip. Kalau boleh memang cari masa nak tadabbur ayat dan memahami tafsirannya sekali. Islam itu mudah dan tidak pernah membebankan hamba-hambanya. Ashraff yakin satu benda tu!


***************************




Ashraff menggenyeh-genyeh matanya, menahan ngantuk yang mulai menguasai. Tinggal dua assignment yang berbaki. Rasa tak larat nak sambung balik. Pilot O.5 yang disisipkan di telinga dipusing-pusing ikut putaran jam. Dua mug Nescafe dah selamat masuk perut. Mata bundarnya dibulatkan menghadap laptop Asus dekat sebelah. Otak kiri dah tak boleh nak digest formula untuk kira keluasan projek tapak binaannya.

Tepu.

Internet is connected.

Hilangkan ngantuk dengan menjenguk blog. Kepulan-kepulan wap yang keluar dari mug berisi Nescafe Latte itu ditenung sekilas. Memang tak boleh nak manjakan diri sangat. Terpaksa tahan nafsu ngantuk tu daripada menguasai diri.

Entry blognya yang baru di’update’ dua hari semalam mendapat sambutan. Ramai followers yang mengikuti perkembangan blognya. Ashraff meneliti satu persatu komen yang diberi.

*budakmasihbelajar*

‘Saya nampak bakat abang dalam menulis. Kenapa abang tak cuba nak ‘buat’ buku?’


Ashraff terkedu. Tak tahu nak balas apa. Bukan sorang dua aja yang bagi komen macam ni, Athif pun. Tak boleh ke kalau aku nak jadi ‘orang belakang tabir’?

Persoalan tu dibiar tanpa jawapan.

Laptop Asus ditutup. Assignment di hadapan mata ditatap. Orang bijak tak suka buat kerja bertangguh.


*********************

Akan Bersambung....

*nano.faham*

No comments:

Post a Comment